FUZI BINTI MAT ROBI D20102045675 EL-A36

Waktu Solat (JAKIM)

Sunday, 11 December 2011

Adab Ketika Bermain

Bermain adalah salah satu aktiviti riadah yang mengisi lapang dengan aktiviti berfaedah dan sekaligus dapat menyihatkan badan.Antara adab ketika bermain yang perlu kita amalkan ialah :
  • sebelum bermain
    • bersalaman sesama pemain
    • mematuhi peraturan permainan
    • memilih tempat bermain yang sesuai
    • memastikan peralatan permainan yang digunakan adalah selamat
  • semasa bermain
    • menutup aurat
    • bekerjasama
    • bersemangat kesukanan
    • mengawal emosi dan patuh kepada keputusan pengadil
  • selepas bermain
    • menerima keputusan permainan
    • tidak berdendam
    • bermaaf-maafan
    • menyimpan semula peralatan permainan di tempatnya

Adab Berjual beli

Penjual ialah peniaga yang menjual barangan mereka seperti barangan keperluan dan barangan elektronik. Manakala pembeli ialah orang yang membeli barangan. Antara adab dalam berjual beli ialah :
  • penjual
    • memberi layanan mesra
    • mengutamakan pelanggan
    • menggunakan bahasa yang elok dan sopan
    •  memberi kebebasan kepada pembeli memilih barang
    • meletakkan tanda harga
    • menetapkan harga yang munasabah
    • tiada unsur penipuan
    • memberikan maklumat yang tepat dan jujur
    •  menjual barangan yang halal dan berkualiti
    • menghormati kehendak pembeli
    • bertanggungjawab terhadap barangan yang dijual
    • mengutamakan kebersihan dan keceriaan
    • sabar dengan kerenah pelanggan
  • pembeli
    • menggunakan bahasa yang elok dan sopan
    • mengelakkan daripada menimbulkan masalah
    • berpatutan dalam urusan tawar-menawar
    • menjaga nama baik penjual
  • semasa berjual beli
    • memastikan akad berlaku ketika berjual beli
    • bermanis muka

Anak Biadab Satu Bala

Daripada Sayidatina Aisyah r.a Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya), hujan akan menjadi panas ( hujan berkurangan dan cuaca menjadi panas), akan bertambah ramai orang yang tercela, akan berkurangan orang yang baik, anak-anak menjadi berani melawan orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang baik" (Riwayat Tabrani)

Faktor anak derhaka :
  • kurang didikan agama
  • terlalu didedahkan dengan wang ringgit yang melampau
  • perangai ibu bapa yang tidak senonoh
  • Ibu bapa menunjukkan kasih sayang yang tidak bertempat
  • pengaruh rakan sebaya
  • Ibu bapa tidak mengambil peduli sikap anak
  • pengaruh teknologi yang tiada sempadan
9 kaedah mendidik anak
  1. mendidik anak memiliki iman yang teguh dan mantap akidahnya
  2. memberi nama yang baik dan membuat akikah untuknya
  3. mendidik asas-asas hukum syarak yang berkaitan dengan kehidupan
  4. mendidik akhlak, adab dan budi pekerti yang mulia
  5.  mendidik anak ke arah mengenai tujuan dan matlamat hidup yang jelas
  6. mewujudkan suasana yang harmoni dan toleransi serta saling menyayangi
  7. memberi dorongan kepada anak-anak sehingga berjaya
  8. mengenakan hukuman dengan niat mendidik
  9. pemberian wang belanja dan hadiah yang sama rata kepada anak-anak
Sumber : Majalah Fardhu Ain (Ilmu, Iman, Amal) Edisi 3 Tahun 2011

Friday, 9 December 2011

Akhlak anak-anak hari ini.

Hari ini seorang 'Ummi' pening kepala memikirkan sikap anak-anak yang sering bergaduh dan tidak mahu mendengar kata. Cuti sekolah ini lagi memeningkan kepala 'Ummi' walaupun banyak perkara telah dirancang dan dilaksanakan bagi memenuhi masa terluang bersama keluarga. Mula-mula elok bermain bersama tetapi tidak lama kemudian kedengaran jeritan si kakak yang dipukul adiknya, terdengar abang long pula menjerit-jerit mengata adik-adiknya. Aduh...pening kepala'Ummi' memikirkannya. Sukarnya mendidik anak  menjadi insan yang baik akhlaknya. Apakah berpunca kerana solat si anak yang masih berterabur?,  adakah sebagai balasan untuk Ummi dan Abah atau sememangnya era masa kini dengan zaman teknologi digital telah menyebabkan anak-anak sukar dibentuk akhlaknya.

Sumber : Pengalaman Ummi di Perpustakaan Awam Kuala Kangsar pada 9 Dis 2011 (Jumaat)

Adab Menziarahi Orang Sakit

Kita sering ke hospital atau menziarahi orang sakit di rumah mereka. Antara adab menziarahi orang sakit ialah :
  1. bersegera menziarahi orang sakit
  2. mendoakan agar segera sembuh
  3. memendekkan masa menziarahi pesakit
  4. bertanyakan hal pesakit kepada keluarganya
  5. memberi semangat supaya sabar dan tabah menghadapi musibah

Adab Melayan Tetamu

Tetamu ialah orang yang datang berkunjung ke rumah kita. Tetamu mesti dilayan dengan baik. Antara adab melayan tetamu ialah :
  • bermanis muka ketika dikunjungi tetamu
  • menjawab salam tetamu
  • mempersilakan tetamu masuk dan duduk
  • berbual mesra dengan tetamu
  • elakkan persoalan yang menimbulkan salah faham
  • sediakan hidangan kepada tetamu
  • menjemput tetamu makan atau minum hidangan yang disediakan
  • makan bersama-sama tetamu
  • maklumkan dengan sopan kepada tetamu jika sibuk
  • menunaikan hajat tetamu
  • mengiring tetamu pulang
  • menyediakan kemudahan yang baik apabila tetamu bermalam di rumah
  • memakai pakaian yang bersih dan kemas serta menutup aurat
  • tidak mengganggu ketenteraman tetamu

Thursday, 8 December 2011

Adab Belajar

Adab belajar yang dituntut dalam Islam ialah :
  • menghormati guru
  • menjawab salam guru
  • membaca doa penerang hati
  • belajar ilmu yang bermanfaat
  • duduk dengan sopan
  • memberi tumpuan kepada pengajaran guru
  • menunjukkan minat ketika belajar
  • sabar ketika belajar
  • membuat ulangkaji
  • menyiapkan kerja-kerja sekolah
  • tidak membuat bising dan tidak mengganggu kawan
  • melibatkan aktiviti dalam aktiviti pembelajaran
  • membaca doa setelah selesai belajar